PENGENALAN PERALATAN MASAK, SOP KELAS MASAKAN, KESIHATAN & KESELAMATAN (MAHIR MASAK)
16 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2026, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar dibawah kelas mahir masak iaitu kelas masakan bertajuk Pengenalan Peralatan Masak, SOP Kelas Masakan, Kesihatan & Keselamatan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang jadual kelas, cara mengisi kehadiran melalui LMS, peralatan yang disediakan di NADI dan keselamatan yang harus di titikberatkan sepanjang kelas berjalan.
Selain itu, kelas masakan ini juga membantu komuniti terutamanya kepada yang ingin menjadi usahawan dalam bidang makanan untuk berkongsi resepi masakan secara percuma di atas talian dengan syarat menjadi ahli NADI secara percuma. Kelas ini juga membantu golongan yang tidak berkemampuan menyertai kelas berbayar kerana kelas masakan yang diadakan di luar adalah mahal.
Kesimpulanya, dengan adanya program seperti ini ia mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: